SEKOLAH KEBANGSAAN GONG BADAK
21300 KUALA TERENGGANU.
REKOD PELAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING
TAHUN 2013
BIL
|
PERKARA
|
1
|
NAMA
PROGRAM
KURSUS LADAP KALI PERTAMA TAHUN 2013
|
2
|
MATLAMAT
Matlamat utama program ini adalah untuk memberikan
pendedahan, pengetahuan kepada guru-guru tentang tugas dan tanggungjawab kita
hidup di dunia ini. Tugas sebagai
pendidik dan penjawat awan, dan tugas terhadap rakan dan masyarakat.
Dalam menlalani kehidupan kita akan sentiasa diuji
dengan pelbagai ujian. Justeru
itu, sebagai guru kita perlu belajar
cara-cara menghadapi tekanan atau “Stress“ agar kita lebih tenteram dan
selesa menjalani kehidupan.
|
3
|
OBJEKTI
·
Meningkatkan tahap profesionalisme
di kalangan guru dan kakitangan SKGB.
·
Meningkatkan kemahiran dalam
bidang ilmu selain tugasan mengajar dan bekerja.
·
Mengeratkan hubungan silaturrahim
antara guru dan staff sokongan.
·
Mewujudkan jalinan profesional
antara JPNT, IPG dan sekolah.
|
4
|
TEMPOH PELAKSANAAN
BERMULA
JAM 8.00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAH HARI
|
5
|
TARIKH PELAKSANAAN
9 MAC 2013
( SABTU )
|
6
|
SASARAN
Semua guru dan warga SKGB
|
7
|
PENILAIAN
KEBERKESANAN PROGRAM
·
AGENDA
PROGRAM
Pada
Sabtu 9 Mac 2013, berlangsungnya Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) bagi
kakitangan Sekolah Kebangsaan Gong Badak. LADAP yang dijayakan di dalam dewan SKGB ini
dibahagikan kepada 2 sesi.
Pukul
8.00 pagi – Semua guru dan kakitangan SKGB mendaftar di hadapan pintu masuk
dewan. Sesi pertama bermula pada jam
8.30 pagi dengan tajuk “ Kerja Sebagai Ibadah “. Penceramah jemputan Encik Idrulhisyam Bin
Ismail dari IPG Dato’Razali telah menyampaikan tajuk itu dengan begitu
baik.
Beliau
menggunakan pendekatan Islam dan penyampaiannya jelas dan teratur. Alhamdulillah ..insaf dan terharu apabila
mengenangkan betapa kerdilnya kita di sisi Allah SWT. Semoga semua yang hadir pada hari ini dapat
menimba banyak menfaat dan dapat menjalankan tugas dengan penuh keihlasan
kerana Allah SWT semata-mata.
Manakala sesi kedua pula bertajuk “
Pengurusan STRESS “ di sampaikan oleh Encik Hilmi Bin Sidek dari JPNT.
LADAP
ditamatkan pada pukul 12.15 tengah hari.
Penceramah dan semua yang hadir djemput ke kantin untuk menjamu selera
sekaligus meraikan guru yang bertukar.
Majlis
pertukaran guru bermula sejurus tetamu berkumpul di kantin. Tahniah ! Dua dalam satu.. LADAP berjaya dan Majlis Pertukaran Guru
juga berjaya dilaksanakan. Malah
sungguh meriah dan bermakna.
KEKUATAN
1)
Penceramah dapat menyampaikan tajuk dengan
baik dan berkesan
2)
Peruntukan masa bersesuaian.
·
KELEMAHAN
1)
Kehadiran guru tidak menyeluruh.
2)
Tempat kurang kondusif.
3)
Tiada handout.
4)
Sarapan pagi tidak mencukupi.
|
8
|
CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN
1)
LADAP yang seterusnya boleh dibuat
di Bilik Galeri atau lokasi luar kawasan sekolah yang lebih kondusif.
2)
Makanan perlu mencukupi dan
pastikan semua yan hadir dapat menikmatinya.
3)
Sediakan phamplet atau handout
untuk rujukan guru.
|
9
|
GAMBAR
SEPANJANG PROGRAM
DILAMPIRKAN
|
10
|
CATATAN
Secara keseluruhannya,
majlis berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan yang dapat mencacatkan
majlis. Sekalung penghargaan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa LADAP
yang telah menjayakan majlis.
|