Tuesday, 15 April 2014

KURSUS KEPIMPINAN DAN PENYAMPAIAN WATIQAH PENGAWAS





SEKOLAH KEBANGSAAN GONG BADAK
21300 KUALA TERENGGANU.


REKOD PELAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING TAHUN 2013


BIL
PERKARA

1

NAMA PROGRAM

KURSUS KEPIMPINAN DAN PENYAMPAIAN WATIQAH PENGAWAS TAHUN 2013


2


PENGENALAN

·         Jawatankuasa Pengawas dan Jawatankuasa Disiplin merupakan satu badan yang membantu pihak pengurusan menjalankan tugas mengawal disiplin murid-murid. Badan ini terdiri daripada guru-guru sebagai penasihat dan murid-murid yang dipilih sebagai ahli pengawas. Sebagai pemimpin murid, adalah wajar pengawas-pengawas menunjukkan sahsiah dan ketrampilan diri yang positif agar dapat dijadikan contoh dan teladan kepada murid-murid lain.
 Justeru, KURSUS KEPIMPINAN DAN PENYAMPAIAN WATIKAH PENGAWAS ini perlu diadakan sebagai wadah membentuk dan melahirkan pengawas yang mempunyai karisma kepimpinan khususnya dalam menjalankan tugas harian.  Kursus ini diadakan secara peringkat dalaman dengan memberikan penekanan khusus terhadap tugas semasa majlis perhimpuan rasmi sekolah pada setiap hari Ahad dan perhimpunan harian di samping menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan. Modus operandinya adalah melalui LDK dan ceramah kepimpinan  yang dikendalikan oleh  guru sebagai fasilitator dan penceramah jemputan.
·         Ketrampilan pengawas mencerminkan personaliti dan ketokohan kepimpinan murid-murid Sekolah Kebangsaan Gong Badak yang dibentuk melalui acuan guru-guru. Maka diharapkan kursus ini mendapat kerjasama daripada semua pihak dan berjalan seperti yang dirancang.  Semoga peranan Jawatankuasa Badan Disiplin dan Badan Pengawas akan lebih efektif dalam membentuk budaya sekolah yang sihat dan selamat.  Juga sehaluan dengan konsep Guru Penyayang.


3

OBJEKTIF
1.    Memastikan semua pengawas mampu memahami disiplin sekolah   seperti  yang telah ditetapkan dalam buku Peraturan disiplin Murid.
2.     Memberi pendedahan tugas dan peranan  pengawas.
3.    Melahirkan pengawas yang mampu berkelakuan sebagai seorang  pemimpin muda.
4.    Mengeratkan hubungan antara pengawas sekolah dengan pengawas-pengawas lain seperti PRS, PSS dan Pengawas Buku Teks.
5.    Melatih murid menjadi role model kepada murid-murid lain.

4

TEMPOH PELAKSANAAN

- 10.00 Pagi Hingga 1.30 Petang


5

TARIKH PELAKSANAAN

- 3 Februari 2013  ( Ahad)


6

SASARAN

-Semua Pengawas Sekolah,  Pengawas Pusat Sumber , Pengawas Rakan Sebaya,  dan Pengawas SPBT.





7

PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM
·         AGENDA PROGRAM
-Kursus Kepimpinan yang saban tahun diadakan adalah bertujuan memberi pengalaman dan pendedahan tentang tugas dan tanggungjawab pengawas di sekolah. Melaui program ini juga,  pengawas akan diiktiraf dengan penyampaian watiqah pelantikan.

-Pengawas sebagai role model kepada pelajar lain perlu memiliki sifat-sifat terpuji baik  dari segi akhlak, akademik mahupun dalam bidang kokurikulum.

-Kursus bermula dengan pendaftaran peserta.  Majlis bermula dengan ucapan pengerusi majlis iaitu Puan Hamidah (GBK).  Diiukuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Mat Ali.  Seterusnya ucapan alu-aluan oleh Puan Hajjah Ramlah Mohamad Noor ( Guru Besar ). 

-Pada pukul 10.45 pagi murid-murid mendengar ceramah Motivasi Kepimpinan yang disampaikan oleh Encik Idrulhisyam Bin Ismail ( Pensyarah IPG ).  Ceramah yang bertajuk Peranan dan Tanggungjawab Pemimpin dapat disampaikan dengan baik dan berkesan. 
-Setelah ceramah selesai...majlis penyampaian Watiqah bermula. Encik Idrulhisyam dijemput menyempurnakan acara diiringi oleh Puan Hajjah Ramlah dan Puan Siti Arbaiyah Yusof ( GPKHem).

-Setelah selesai penyampaian watiqah..pengawas berikrar dan sesi bergambar . Penceramah  menerima pengargaan terima kasih daripada Puan Guru Besar berupa hamper .


8

KEKUATAN
·         Penceramah jemputan dapat menyampaikan ceramah kepimpinan dengan baik dan berkesan.
·         Peserta kursus kepimpinan dapat mengikuti program dengan baik dan menunjukkan tahap disiplin yang membanggakan.
·         Pakaian pengawas kemas dan bersih.  Semuanya beruniform lengkap.


9


KELEMAHAN
·         Kawalan murid kurang memuaskan.
·         Tiada banting sebagai latar belakang program.


10

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
-Majlis penyampaian watiqah perlu diadakan di tempat perhimpunan agar dapat disaksikan oleh semua pelajar.
-Pengawas sekolah,  pengawas rakan sebaya,  pengawas pusat sumber dan pengawas SPBT perlu mengikuti kursus asas terlebih dahulu melalui guru penyelaras masing-masing sebelum mengikuti kursus kepimpinan khas dan dianugerahkan watiqah.
-Jawatankuasa kerja perlu bertindak secara proaktif seperti menempah banting untuk latarbelakang majlis.
-Kerjasama semua guru iatu guru badan disiplin,  guru pengawas pusat sumber, guru JK SPBT, dan guru JK Bimbingan agar majlis berjalan lancar.
-Kawalan murid perlu diperketatkan memandangkan mereka dalam jumlah yang ramai.


11


GAMBAR SEPANJANG PROGRAM
DILAMPIRKAN


12

CATATAN
-Jawatankuasa program merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua guru yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program. 

-Sekiranya sepanjang majlis berlangsung jika ada kekurangan mohon dimaafkan..kerana sebagi manusia biasa kita tidak sunyi dari melakukan kesalahan dan kesilapan.  Kerjasama pelajar dan guru badan pengawas amat-amat dihargai.  Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.  Sekian,  wassalam.










No comments:

Post a Comment