SEKOLAH KEBANGSAAN GONG BADAK
21300 KUALA TERENGGANU.
REKOD PELAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING
TAHUN 2013
BIL
|
PERKARA
|
1
|
NAMA PROGRAM
KEM ELIT DAN MOTIVASI UPSR 2013
|
2
|
RASIONAL
Program Kem Elit
Dan Motivasi 2013 ini dirancang bagi
menjurus
Ke arah
kecemerlangan pelajar dalam keputusan UPSR nanti. Murid-murid Tahun 6 IS yang
berpotensi untuk mendapat 5A perlu dibimbing secara berterusan, manakala murid 6 IR dan 6 AH juga berpeluang
mencatat keputusan cemerlang sekiranya setiap kelemahan dapat dikenalpasti
sejak awal. Mereka mampu dan berupaya
mencapai kecemerlangan sekiranya dipupuk dan dibajai dengan keyakinan,
pembinaan semangat, dorongan dan bimbingan serta penerokaan minda yang
sempurna melalui program yang dilaksanakan.
|
3
|
OBJEKTIF
3.1 Mengetahui dan mempelajari teknik-teknik menjawab
soalan
dengan
lebih berkesan.
3.2 Membina keyakinan diri pelajar bahawa
mereka berpotensi
untuk menjadi individu dan pelajar
yang cemerlang.
3.3 Memberi
kesedaran, pengetahuan dan kemahiran
mengendalikan aktiviti seharian yang
seimbang bagi mencapai
kecemerlangan diri ( intelek, rohani
dan jasmani ).
3.4 Mendedahkan para pelajar dengan kemahiran mengurus diri,
mengurus masa serta
mengulangkaji pelajaran.
3.5 Untuk memupuk semangat kerja berpasukan
dalam
menghadapi
peperiksaan.
3.6 Menjurus
minda para pelajar ke arah insan yang cemerlang dan berguna kepada bangsa,
agama dan negara.
|
2
|
TEMPOH PELAKSANAAN
3 hari dua malam
|
3
|
TEMPAT
Scout Inn
Resort , Telaga Batin Kuala Terengganu
|
4
|
ANJURAN
Jawatankuasa
UPSR Dengan Kerjasama Jawatankuasa Bimbingan Dan Kaunseling.
|
4
|
TARIKH PELAKSANAAN
20.6.2013 hingga
22.6.2013 ( Khamis, Jumaat Dan Sabtu )
|
5
|
SASARAN
Murid-murid
tahun 6 IS, 6 IR dan 6 AH seramai 92 orang
|
6
|
PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM
·
Pendaftaran bermula jam 12.30 hingga 3.00 petang.
Murid-murid ditempatkan dalam dorm yang berasingan antara lelaki dan
perempuan.
·
Program dapat dilaksanakan dengan baik dan
berkesan. Setiap orang penceramah
dapat menyampaikan ceramah dengan baik dalam dewan seminar yang berhawa
dingin.
·
Walaupun bilangan pelajar agak ramai (92 orang)
tetapi penceramah yang berpengalaman dapat mengendalikannya dengan baik dan
berkesan.
·
Ceramah Motivasi yang disampaikan oleh Tuan Haji Mat
Ngah mengambil masa 2 jam 30 minit.
Walaupun slot bermula agak lewat tetapi beliau telah menggunakan masa
sebaik mungkin dengan cara penyampaian yang menarik dan tersendiri. Murid-murid memberi tumpuan sepenuhnya
sepanjang program berlangsung.
·
Jawatankuasa Kem Elit UPSR kali ini telah
menyediakan dua orang penceramah ( 2 slot ) bagi setiap mata pelajaran.
·
Peruntukan masa yang panjang dapat dimanfaatkan
dengan sebaik mungkin.
·
Kem yang berlangsung selama 3 hari
2 malam telah diisi dengan slot ceramah motivasi dan pendedahan teknik menjawab
soalan oleh guru-guru pakar dalam lima mata pelajaran teras.
·
Penceramah terdiri daripada :
1. Puan Tun Azlina Binti Lokman@ Wan Lokman ( SAINS) 2. En. Mohd Zubir bin Abu Bakar (Sk Pulau Kerengga -
B.MELAYU)
3. Puan Zaipah Khusiah binti Ismail (Sk Paloh - B.MELAYU) 4. En. Mohd Nazri bin Mohd Noor ( SK Batu Rakit - B.INGGERIS) 5. Puan Nor Afdzan binti Ahad ( B.INGGERIS)
6. YM, Tengku Hassan
bin Che Ku Abd Rahman (SK Tengku
Bariah - SAINS)
7. En Rosland bin
Abdul Ghanu (SK Padang Mengkuang -
MATEMATIK)
8. Tuan Haji Mat Ngah
(Motivasi)
|
7
|
CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN
·
Murid-murid perlu di beri slot LDK agar mereka dapat
menjalankan aktiviti berkumpulan selain daripada duduk mendengar ceramah
secara kelas.
·
Penglibatan murid amat terhad kerana hanya seorang
penceramah bagi setiap slot ( Seorang guru bagi 92 orang murid )
·
Ramai murid yang demam dan kurang selesa berada
dalam bilik berhawa dingin sepanjang hari.
·
Jawatankuasa perlu menyediakan hand out kepada
murid-murid sebagai bahan bacaan tambahan.
|
8
|
GAMBAR
SEPANJANG PROGRAM
LAMPIRAN
|
9
|
CATATAN
Jawatankuasa
Program merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua guru yang telah
menjayakan program baik secara langsung mahupun tidak langsung.
Semoga program
ini akan menyuntik semangat kepada semua murid dan meningkatkan pencapaian
UPSR bagi tahun ini. InsyaAllah.
|
No comments:
Post a Comment