Wednesday, 16 April 2014

PROGRAM MINGGU TRANSISI




SEKOLAH KEBANGSAAN GONG BADAK
21300 KUALA TERENGGANU.


REKOD PELAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING TAHUN 2013

BIL
PERKARA

1

NAMA PROGRAM

 PROGRAM  MINGGU TRANSISI


2

MATLAMAT

Program Transisi Prasekolah ke Tahun Satu merupakan satu program yang telah dirangka dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun di prasekolah ke pendidikan secara formal di Tahun Satu. Program ini dilaksanakan dalam tempoh 3 minggu. Adalah diharapkan kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang sosio ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pembelajaran secara formal.

3

OBJEKTIF

  • Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat.
  • Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses P & P secara formal.
  • Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah dengan gembira dan tanpa banyak masalah.
  • Membantu semua murid Tahun Satu yang datang dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu mereka melalui tahap pencapaian yang hampir sama .


4

TEMPOH PELAKSANAAN

- 3 MINGGU

5

TARIKH PELAKSANAAN

- 1  Januari 2013  Hingga 17 Januari 2013


6

PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM
AGENDA PROGRAM
-Program yang dilaksanakan selama tiga minggu bermula 1.1.2013 hingga 17.1.2013 merupakan Program Tahunan yang  sangat berfaedah kepada pelajar dalam menempuhi fasa transasi daripada alam prasekolah ke alam persekolahan sebenar.  Pelajar diberikan pendedahan daripada segenap aspek (jasmani, emosi, rohani,intelek) selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

-Pelbagai aktiviti telah dirancang antaranya ialah pertandingan mewarna,  pertandingan tulisan mekanis,  Tulisan Jawi dan Sukaneka selain daripada P&P yang dilaksanakan dalam bilik darjah sebagaimana sukatan KSSR.

-Pada hari pendaftaran ( Selasa 1.1.2013 ), ibu bapa menemani anak-anak mereka mendaftar di kelas masing-masing.   Guru kelas dan guru bimbingan dan kaunseling  menyambut kehadiran murid dan ibu bapa dengan mesra.  Ada yang berani dan terdapat juga murid-murid yang menangis.  Setelah mendaftar ibu bapa dijemput ke dewan sekolah untuk Taklimat Ringkas Minggu Orientasi Tahun 1 yang disampaikan oleh Puan Hajjah Ramlah Binti Mohamad Noor, Guru Besar SK. Gong Badak.

-Selain itu, pelajar turut didedahkan dengan program “Kenali Sekolah” yangdisampaikan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling. Aktiviti yang turut dijalankan ialah “Sayangi Guru-guru Kami” bagi memberikan rasa kejelikatan antara pelajar dengan guru-guru di Sek. Keb. Gong Badak.

-Ibu bapa yang ditemui menyatakan rasa puas hati serta bersedia memberikan segala kerjasama yang termampu demi kecemerlangan anak-anak mereka setelah mendengar taklimat dan penjelasan oleh Puan Guru Besar.

.-Program Minggu Transisi Murid Tahun Satu 2013 sampai ke kemuncaknya dengan majlis penutup pada 17 Januari 2013 (Khamis) yang di sempurnakan sendiri oleh Pn.Hjh.Ramlah. Acara dimulai dengan ucapan oleh Puan Guru Besar. Murid-murid membuat berbagai acara persembahan seperti nyanyian beramai-ramai dan individu.  Acara kemuncaknya ialah penyampaian hadiah kepada murid-murid yang menyertai pertandingan.
.-Semua pihak memberikan kerjasama erat untuk menjayakan program minggu orientasi tahun 1 ini.


7

KEKUATAN
·         Guru kelas dapat melaksanakan program sebagaimana perancangan.
·         Murid-murid gembira dan objektif program tercapai.


8

KELEMAHAN
·         Tidak menjemput ibu bapa semasa majlis penyampaian hadiah.
·         Perancangan tidak begitu teratur dan tidak berjadual.
·         Tidak melibatkan organisasi luar.



9

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
-Ibu bapa perlu dijemput bagi meraikan majlis penutup agar mereka dapat sama-samamenyaksikan kehebatan anak-anak mereka walaupun baru 3 minggu mengikuti alam persekolahan sebenar. 

-Acara ibu bapa bersama anak dalam sukaneka juga boleh diadakan pada masa-masa akan datang.

-Jawatankuasa Minggu Transisi perlu merancang aktiviti dengan lebih teratur bagi melicinkan perjalanan program.

-Organisasi luar juga sewajarnya dilibatkan sebagai satu input yang cukup berguna kepada pelajar. Sebagai contoh, dengan melibatkan Lembaga Penduduk danPembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk slot penerangan berkaitan kanak-kanak.

-Kekurangan peruntukan kewangan wajar diberi perhatian oleh pihak berwajib untuk dipertimbangkan pada masa hadapan. Ini menyebabkan peruntukan hadiah kepada peserta terbaik dalam kategori masing-masing tidak dapat diwujudkan sebagai satu galakan dan rangsangan kepada peserta program transisi.

.-Untuk masa hadapan, dicadangkan untuk menyeragamkan pakaian pelajar sepanjang program, sekurang-kurangnya baju
t-shirt sekolah agar menampakkan pelajar dalam situasi program transisi dan menampakkan satu keseragaman serta disiplin mereka.

-Aktiviti berbentuk kerjasama kumpulan
(teamwork ) wajar diwujudkan bagimembentuk diri peserta sebagai satu kumpulan yang cukup bersatu dan dalam masa yang sama mengeratkan hubunga ukhwah sesama mereka.



10

GAMBAR SEPANJANG PROGRAM
DILAMPIRKAN


11

CATATAN
-Program Transisi Tahun 1 pada tahun ini adalah lebih baik dan lebih terancang berbanding tahun lepas.  Jawatankuasa Program merakamkan jutaan terima kasih kepada semua JK Transisi, pentadbir yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program. 

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang salah itu atas kelemahan diri kita sendiri. Wassalam.


No comments:

Post a Comment