Tuesday, 15 April 2014

PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH





SEKOLAH KEBANGSAAN GONG BADAK
21300 KUALA TERENGGANU.


REKOD PELAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING TAHUN 2013

BIL
PERKARA

1

NAMA PROGRAM

PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH TAHUN 2013


2

Matlamat

Pencegahan awal adalah bertujuan untuk melindungi pelajar daripada terlibat dengan najis dadah sejak awal lagi.  Untuk mencapai matlamat ini,  seseorang pelajar perlu mengetahui tentang keburukan najis dadah,  memounyhai ketahanan diri yang tinggi,  sikap yang positif, kuat pegangan agama, moral, budaya dan sosial yang murni.  Pelajar perlu sedar bahawa dadah adalah penghalang untuk ke arah pencapaian cita-cita. Mencegah dadah adalah tanggungjawab dan amanat serta ibadah.


3

OBJEKTIF

1.    Mempertingkatkan kesedaran dan pengetahuan pelajar dari semua peringkat umur mengenai bahaya penyalahgunaan dadah.

2.    Memperkukuhkan pengetahuan pelajar mengenai jenis- jenis dadah dan bahaya dadah.

3.    Menanam sifat benci kepada dadah didalam diri pelajar.

4.    Mencungkil dan menyuburkan bakat di kalangan pelajar 

ke arah perkembangan yang positif dan membina.

5.    Menjauhkan pelajar daripada mengambil dadah dan menentang tabiat menggunakan dadah.

6.    Menggalakkan lagi penyertaan pelajar dalam proses pembelajaran dan pendidikan pencegahan dadah melalui kegiatan dan aktiviti luar darjah.



4

TEMPOH PELAKSANAAN

Bermula jam 9.00 pagi hingga 12.30  petang


5

TEMPAT

Dewan Bestari SKGB


6

ANJURAN
Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah dengan kerjasama Unit Bimbingan Dan Kaunseling.


7

TARIKH PELAKSANAAN

21 Oktober 2013 ( Isnin )



8

SASARAN

Semua murid tahun 6 dan Seluruh warga SKGB


9

PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM
KEKUATAN:
1.    Penceramah pandai menarik minat murid dengan persembahan yang menarik.  Panggilan Kak Bela dapat menambahkan kemesraan antara penyampai dan pendengar.
2.    Pandai menyanyi dan mengajak murid-murid menyanyi bersama-sama mengikut senikata lagu melalui slaid yang ditayangkan.
3.    Murid mendengar dan mengikuti arahan dengan baik.

KELEMAHAN

1.    Aktiviti yang tidak dipelbagaikan menimbulkan rasa jemu dan bosan kepada sebahagian murid terutama murid-murid dari kelas
 6 AD.
2.    Jawatankuasa program tidak mengambil bahagian sepenuhnya semasa program berlangsung.


10

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1.    Aktiviti program perlu dipelbagaikan agar dapat menarik minat dan menghilangkan kebosanan.
2.    Jawatankuasa program perlu bekerjasama sepanjang program berlangsung.
3.    Perlu penglibatan agensi lain seperti Polis dan Jabatan Pertahanan Awan.
4.    Murid-murid lain perlu dijemput menyaksikan pameran secara berjadual.


11

GAMBAR SEPANJANG PROGRAM
DILAMPIRKAN


12

CATATAN

Unit Bimbingan Dan Kaunseling dengan kerjasama Jawatankuasa Program Pendidikan Pencegahan dadah telah mengadakan Program Anti Dadah  sebagai salah satu program wajib yang diadakan setiap tahun.

Antara pengisian program termasuklah Ceramah Anti dadah yang telah disampaikan oleh Puan Bazilah binti Mat Ghani yang lebih mesra dengan panggilan  “Kak Bela “ .
 
Semoga program tersebut akan memberi peluang kepada murid-murid tentang bahaya dadah dan memberi manfaat kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Gong Badak. InsyaAllah.

Selesai majlis,  Pihak Pengurusan menjemput semua Pegawai AADK untuk menjamu selera di kantin sekolah.  Cenderahati disampaikan sebagai ucapan terima kasih .

Program Pendidikan Pencegahan Dadah ini dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan.  Semoga program yang telah diadakan itu dapat memberi kesedaran dan keinsafan kepada murid-murid tentang bahaya najis dadah.

Sekalung penghargaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program.  Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang silap itu datangnya dari kelemahan kita sendiri.




No comments:

Post a Comment