Wednesday, 16 April 2014

MAJLIS PERPISAHAN GURU




SEKOLAH KEBANGSAAN GONG BADAK
21300 KUALA TERENGGANU.


REKOD PELAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING TAHUN 2013

BIL
PERKARA

1

NAMA PROGRAM
Majlis perpisahan guru anjuran kelab guru
Tahun 2013

2

PENDAHULUAN


Selamat berpisah dan selamat bertugas di sekolah baru dari kami seluruh warga SK.Gong Badak buat Puan Hajjah Zakiah Dan Puan Fatma Zuhra.  HANYA TITISAN AIR MATA DAN IRINGAN DOA YANG MAMPU KAMI KIRIMKAN MOGA MENJADI NOSTALGIA INDAH KETIKA BERSAMA DI BUMI SKGB.... SELAMAT BERTUGAS . 

Mungkin inilah kata-kata yang sering dan lumrah diucapkan.  Hanya kenangan yang akan kekal dalam memori ingatan.  Sebagai menghargai segala jasa dan pengorbanan guru,  maka majlis perpisahan merupakan acara wajib yang perlu diadakan.   Sebagai sebuah badan yang sangat prihatin dan sangat hampir dengan guru maka JK Kelab Guru telah mengadakan majlis perpisahan ini.




3

OBJEKTIF

1. Berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar pandangan tentang pengurusan pra sekolah.
2. Meningkatkan mutu kerja dan motivasi guru-guru dan pembantu pra SKGB dan para peserta lawatan melalui perkongsian strategik, pengalaman dan pengurusan organisasi.
3. Berkongsi rahsia kejayaan dan kecemerlangan SKGB dalam bidang akademik,  ko-kurikulum dan pengurusan sekolah.
4. Menjalinkan hubungan silaturrahim antara warga JPWP dengan warga SK.Gong Badak.


4

TEMPOH PELAKSANAAN

BERMULA JAM 12.30 PETANG HINGGA 3.00 PETANG


5

TARIKH PELAKSANAAN

9 MAC 2013

6

GURU YANG DIRAIKAN

·         MANTAN GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
(  PUAN HAJJAH ZAKIAH BINTI MOHAMAD  )
·         PUAN FATMA ZUHRA BINTI ZAKARIA


 7

PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM
·         AGENDA PROGRAM

Pada tanggal 9 Mac 2013,  sebuah majlis sebuah majlis telah diadakan untuk meraikan dua orang guru yang telah bertukar ,  beliau ialah mantan GPK 1 SKGB, Puan Hajjah Zakiah Binti Mohamad telah bertukar ke Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting dan Puan Fatma Zuhra yang bertukar SK.Bintang Setiu pada tanggal 31.12.2012.


Pada jam 12.30 petang, tetamu yang diraikan hadir ke sekolah dan terus ke kantin yang telah dihias indah dengan kerusi meja berbalut bertemakan warna merah putih menambah seri majlis.

Majlis yang dipengerusikan oleh Encik mat fadhil bin Yusof ini dimulakan  dengan bacaan doa oleh Ustaz Syed Imran Faisal Bin syed Ahmad  untuk memberkati majlis.

Semua tetamu dijemput menjamu selera.  Berbagai-bagai juadah dihidangkan antaranya ialah nasi minyak,  sate,  laksa penang,  rojak ayam,  bubur kacang,  kuih-muih dan puding berkuah.  Menu ala-ala hotel gitu...meriah dan cera sekali.  Sambil tetamu menjamu selera...majlis diteruskan.

Majlis diteruskan dengan ucapan Guru Besar.  Puan Hajjah Ramlah mengucapkan tahniah kepada semua Jawatankuasa Kelab Guru yang telah berjaya menganjurkan majlis perpisahan ini.  Beliau juga melahirkan rasa gembira atas kehadiran tetamu yang diraikan dan kepada semua warga SKGB yang hadir. 

Dalam ucapan tersebut, segala jasa dan usaha mantan GPK 1 disentuh. Beliau telah menjalankan tugas dengan penuh komitmen dan merupakan GPK yang amat disenangi. Sikap beliau yang mudah didekati membuatkan beliau dekat dengan seluruh warga sekolah.

Seterusnya Puan Hajjah Zakiah dijemput ke pentas untuk menyampaikan ucapan.  Jelas kelihatan kesedihan di raut wajah beliau ketika beliau ingin menyampaikan ucapan.  Walaupun tak lama bertugas di SKGB tetapi pelbagai perkara telah dijalankan untuk kebaikan warga sekolah.  Terutama dalam bidang pengurusan akademik.

Acara diteruskan dengan ucapan oleh Puan Fatma.  Beliau dengan penuh ceria meluahkan segala isi hati yang terbuku selama berada di SKGB.  Pengalaman itu merupakan pengalaman terindah yang tidak dapat dilupakan.  Acara seterusnya ialah penyampaian hadiah. Puan Guru Besar menyampaikan hadiah kepada dua orang tetamu yang diraikan.   Guru-guru,  staff,  pekerja swasta bergilir-gilir naik ke pentas untuk menyampaikan hadiah kepada yang diraikan. 

Yang Dipertua PIBG, turut hadir dan berpeluang untuk menyampaikan ucapan.  Beliau merakamkan penghargaan terima kasih dan tahniah kepada JK Kelab Guru dan mencadangkan agar program sebegini diteruskan di masa-masa akan datang.

·         KEKUATAN
1)     Kerjasama AJK Kelab Guru,  pengusaha kantin dan pekerja swasta dalam menjayakan majlis.
2)    Dapat menyediakan pelbagai juadah yang menyelerakan.
3)    Kreativiti dalam menghias dan susun atur tempat jamuan walaupun hanya dibuat di kantin.

·         KELEMAHAN
1)    Kehadiran guru tidak menyeluruh.
2)    Makanan berlebihan.

8

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1)    Mesyuarat Jawatankuasa perlu diadakan lebih awal.
2)    Perlu mendapat sokongan semua pihak sebelum membuat keputusan.


9

GAMBAR SEPANJANG PROGRAM
DILAMPIRKAN

10

CATATAN

Kalau ada sumur di ladang,  boleh kita menumpang mandi.  Kalau ada umur yang panjang di lain masa berjumpa lagi.   

Secara keseluruhannya, majlis berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan yang dapat mencacatkan majlis. Jawatankuasa Kelab Guru merakamkan ucapan terima kasih dan memohon maaf atas segala kekurangan.  Wassalam.




No comments:

Post a Comment