SEKOLAH KEBANGSAAN GONG BADAK
21300 KUALA TERENGGANU.
REKOD PELAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING
TAHUN 2013
BIL
|
PERKARA
|
1
|
NAMA PROGRAM
MAJLIS PENYERAHAN KEPUTUSAN
PEPERIKSAAN TOV/UPBS DAN MOTIVASI KEIBUBAPAAN MURID TAHUN 6 / 2013
|
2
|
TEMPOH PELAKSANAAN
10.30 pagi
hingga 12.30 tengah hari
|
3
|
TEMPAT
Dewan
Sekolah
|
3
|
TARIKH PELAKSANAAN
10 Mac
2013 ( AHAD )
|
4
|
SASARAN
Semua
murid tahun 6 seramai 122 orang dan ibu bapa/ penjaga
|
5
|
PENILAIAN
KEBERKESANAN PROGRAM
AGENDA
PROGRAM
-Ibubapa / penjaga murid tahun 6 menunjukkan
komitmen terhadap program sekolah dengan kehadiran 90% . Setelah mendaftar dan menerima keputusan
TOV / UPBS ibubapa mengambil tempat di dalam dewan bersama-sama anak mereka.
-Majlis dimulakan dengan bacaan doa. Diikuti oleh ucapan Guru Besar. Di samping itu juga Pn.Hjh Ramlah
membentangkan pencapaian pelajar sebagaimana lampiran.
-Guru besar menyarankan ibu bapa memainkan peranan
proaktif memantau perkembangan pembelajaran anak-anak. Beberapa tips dan saranan diutarakan.
-Agenda seterusnya ialah Motivasi Keibubapaan yang
disampaikan oleh En.Rozaq dari Ummi Motivation Sdn Bhd. Ibubapa sangat teruja menonton video-video
kejayaan pelajar dari ibu-ibu mithali peringkat kebangsaan. Banyak maklumat berguna yang telah dikongsi
bersama pelajar dan ibubapa. Program
kali ini benar-benar hebat.
Sebagai selingan, kami menghulurkan tabung derma
kematian kepada ibubapa. Terimakasih
kepada ibu bapa yang sudi menderma.
-Agenda seterusnya ialah promosi Astromin daripada
Dr.Rosaq iaitu ubat homopathy untuk minda.
Ibubapa boleh membeli secara terus atau membuat pesanan melalui guru
kelas.
KEKUATAN
1. Kehadiran
ibu bapa amat menggalakkan ( 90 % ).
2. Majlis
berlangsung dalam keadaan baik mengikuti agenda.
3. Ibu bapa
amat bangga dan berterima kasih kepada semua guru atas kecaknaan dan
keprihatinan yang diberi kepada abak-anak mereka.
4. Kerjasama
yang erat antara guru dan ibu bapa dalam menjayakan majlis.
KELEMAHAN
1.
Segelintir ibu bapa meninggalkan majlis sebelum
majlis berakhir.
2.
Kurang kerjasama di kalangan guru.
3.
Kawalan murid lemah menyebabkan suasana kurang
kondusif.
|
6
|
CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN
-Program
sebegini seharusnya diadakan sepanjang tahun dan libatkan juga ibu bapa
murid-murid tahap 1 dan tahap 2 yang bukan murid UPSR.
-Jawatankuasa
UPSR boleh mengadakan cabutan bertuah untuk menggalakkan ibubapa hadir dan
menunggu sehingga ke penghujung program.
|
7
|
GAMBAR
SEPANJANG PROGRAM
DILAMPIRKAN
|
8
|
CATATAN
-Guru mata pelajaran perlu berada bersama-sama bagi
mengiringi murid yang ibubapanya tidak hadir.
Mereka akan berasa sedih dan tersisih apabila penceramah meminta
mereka mencari ibubapa untuk meminta maaf atas segala kesalahan.
-Walaupun sebahagian besar guru jawatankuasa tidak
dapat hadir, namun majlis tetap
berjalan lancar dan mencapai objektif sebagaimana diharapkan. Hubungan erat antara guru dan ibubapa dapat
merungkai segala halangan demi kejayaan dan kecemerlangan SKGB.
|
No comments:
Post a Comment