Tuesday, 15 April 2014

KURSUS KEPIMPINAN KETUA DAN PENOLONG KETUA KELAS




SEKOLAH KEBANGSAAN GONG BADAK
21300 KUALA TERENGGANU.


REKOD PELAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING TAHUN 2013

BIL
PERKARA

1

NAMA PROGRAM

KURSUS KEPIMPINAN KETUA DAN PENOLONG KETUA KELAS


2

MATLAMAT

Tugas dan peranan ketua dan penolong ketua kelas perlu diiktif sebagai pemimpin kecil dalam bilk darjah.  Sungguhpun tugas dan tanggungjawab mereka hanya terhad di dalam bilik darjah,  namun sumbangan mereka membantu guru sejak awal tahun tidak boleh dipandang remeh.  Program ini dirancang khas untuk meningkatkan keyakinan diri murid menjalankan tugas di dalam bilik darjah sebagaimana yang diamanahkan oleh guru kelas.



3

OBJEKTIF

1)    Memberi pendedahan tentang tugas dan peranan ketua dan penolong ketua kelas.
2)    Melatih murid menjadi pemimpin kecil di sekolah.
3)    Meningkatkan keyakinan diri murid dalam menjalankan tugas.
4)    Memberi penghargaan kepada murid yang dicalonkan sebagai pemimpin kecil di dalam bilik darjah.



4

TEMPOH PELAKSANAAN

10.00 Pagi Hingga 12.30 Tengah Hari


5

TARIKH PELAKSANAAN

31  Januari 2013  ( Khamis )



6

SASARAN

Ketua dan Penolong Ketua Kelas Tahap 1 dan Tahap 2 seramai 48 orang


7

PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM
·         AGENDA PROGRAM
·         Bermula pukul 10.30 pagi murid-murid berkumpul di Bilik Galeri selepas loceng tamat rehat berbunyi.
·         GBK mengarahkan pelajar membuat pendaftaran kehadiran.
·         GBK memulakan majlis dengan bacaan doa dan memberi garis panduan pra syarat untuk mengikuti program.
·         GBK mengucapkan tahniah kepada semua murid yang hadir kerana mereka merupakan pemimpin kecil yang telah dilantik secara rasmi oleh guru kelas masing-masing.  Mereka perlu bangga kerana terpilih berbanding murid-murid yang ada dalam bilik darjah.
·         Seterusnya GBK menyampaikan motivasi kepimpinan kepada ketua dan penolong ketua kelas dengan menggunakan power point.  Murid-murid membuat catatan dalam buku nota masing-masing.
·         Antara pengisiannya termasuklah:
  -  Tugas dan peranan ketua dan penolong.
  -  Cara-cara berinteraksi dengan kawan dan guru.
                  -  Cara-cara mengambil,   mencatat dan menghantar slip  
     kedatangan murid ke pejabat.
·         GBK mengedarkan handout modul kepimpinan kepada semua peserta.
·         Murid-murid membentuk kumpulan LDK untuk aktiviti perbincangan.
·         Aktiviti Amali mengambil kedatangan.  Mereka perlu mengisi borang kedatangan sebagaimana yang telah disediakan,  mencatat dan menghantar ke pejabat dengan tulisan yang kemas.

·         KEKUATAN
1)    Program dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan dalam suasana terkawal.
2)    Bilik Galeri yang berhawa dingin memberi keselesaan kepada peserta.
3)    Bahan edaran yang dapat meningkatkan kefahaman murid.

·         KELEMAHAN
1)    Peruntukan masa tidak mencukupi.  Perlu diadakan dalam jangka masa yang lebih panjang.
2)    Murid-murid tidak dibekalkan dengan fail yang mengandungi alat tulis dan buku catatan .
3)    Tidak membentuk AJK yang dapat membantu melancarkan majlis.


8

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
·         Kursus  Kepimpinan Ketua dan Penolong Ketua Kelas perlu diadakan setiap tahun bagi mengiktiraf dan memberi pendedahan tugas dan peranan mereka dalam bilik darjah.
·         Menyediakan fail yang mengandungi alat tulis dan buku catatan untuk setiap peserta.
·         Mereka juga perlu diiktiraf sebagaimana pengawas sekolah.


·         Ketua dan penolong ketua kelas perlu mempunyai identiti tersendiri seperti memakai vest warna berlainan daripada pengawas.
·         Mereka juga perlu diberi watiqah perlantikan dan diraikan dalam majlis.
·         Perlu libatkan guru disiplin dan guru kelas.


9

GAMBAR SEPANJANG PROGRAM


10

CATATAN
-Kursus kepimpinan perlu diadakan secara berkala bagi memantapkan diri setiap murid yang telah dipilih menjadi ketua dan penolong ketua kelas.

-Pada masa akan datang , guru bimbingan perlu promosikan program agar mereka bangga dan rasa dihargai.

- Guru bimbingan perlu menyediakan hadiah kepada ketua atau penolong yang berdedikasi menjalankan tugas.  Anugerah boleh disampaikan semasa perhimpunan oleh Puan Guru Besar.  Sesungguhnya kita hanya merancang.....yang baik itu dari Allah....Sekian,  Wassalam.


No comments:

Post a Comment